Manakala yahoo group adalah ruangan untuk berkumpulan. Yahoo ini lebih sesuai untuk menyampaikan mesej dan maklumat secara lebih luas dengan bilangan penerima maklumat yang ramai. Ia juga mudah dalam melakukan perbincangan, perkongsian data, membuat informasi, dan mesej kepada semua ahli dalam kumpulan. Dengan ini ai telah memudahkan perbincangan kumpulan dari jarak jauh dengan mudah dan cepat. Disamping itu juga, yahoo group turut menyediakan ruangan untuk database kumpulan setrusnya memudahkan mengenalpasti keaktifan ahli kumpulannya. Ia adalah lebih kepada bentuk sosial dan komunikasinya dan terbuka untuk semua ahli kumpulan seseorang itu. Maka ia menjelaskan bahawa komunikasi kumpulan tidak semestinya duduk semeja tetapi mampu dijalankan di mana-mana selagi ada capaian rangkaian internet. Justeru itu,bagi melakukan capaian secara kumpulan atau bilangan ahli yang ramai maka yahoo group adalah yang sangat sesuai dan mudah dalam penglibatan komuniti.
Lulus tidak bermakna akan terus LULUS, Gagal bukan bererti GAGAL selamanya; Tapi apa yang harus kita cetus, Maka USAHA tangga panduan KEJAYAAN kita.
September 13, 2009
Perbandingan yahoo mail dengan yahoo group
Yahoo mail adalah sejenis laman yang lebih kepada personal atau individu. Ia juga lebih efektif dalam menyampaikan maklumat secara tertutup kepada seseorang. Penggunaan email turut memudahkan ruangan menyampaikan maklumat sulit atau maklumat rahsia kepada individu lain. Email adalah salah satu media elektronoik yang mempunyai capaian rawak yang mudah dalam rangkaian dan cepat bagi menyampaikan data personal seperti fail kerja, tugasan individu, pesanan barang, ruangan bacaan individu, dan pesanan ringkas.Ia juga sebagai laman media-media menghantar maklumat dan mesej laman web tertentu kepada pelayan atau pelanggan web tersebut. Dengan ini maka maklumat dapat diperolehi dan dibaca secara terperinci di email personal. Penggunaan email lebih sesuai untuk mesej dan maklumat yang tertutup kepada pemilik surat-e berbanding yahoo group.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment