Fun pic

Hello Sahabat

October 3, 2009

Membuat microsoft access

Microsoft access terbahagi kepada empat katogeri iaitu table, form, report, dan query wizard. Microsoft access adalah merupakan satu sistem pangkalan data iaitu merupakan sistem maklumat yang telah dianalisis mengikut kategori access yang dipilih.
Microsoft access bagi table adalah digunakan untuk membuat borang untuk memudahkan penyediaan pangkalan data. Contohnya,borang maklumat peribadi pelajar, maklumat kurikulum dan maklumat kokurikulum iaitu asas dalam pangkalan data para pelajar yang kerap digunakan di sekolah. Terdapat beberapa prosedur yang perlu diketahui dengan betul sebelum membuat table iaitu merancang dan create table.
1. Masuk ke dalam ruangan microsoft access double klik kiri di paparan tersebut dan klik di blank pages serta insert name file dan klik create. Kemudian pilih table di ruang atas sebelah kanan monitor untuk masuk ruang table.
2. Create table ;
( a) Table 1 dengan menukarkan tittle kepada Maklumat peribadi pelajar misalnya nombor matrix, nama pelajar, jantina, tempat lahir, tarikh lahir, nama bapa, pekerjaan bapa, pendapatan bapa, nama ibu, pekerjaan ibu, dan pendapatan ibu.
(b) Table 2 pula ialah kurikulum, antara kandungan ialah nombor pelajar dan jenis subjek yang diambil misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan sebagainya.
(c) Table 3 adalah butiran kokurikulum,kandungannya ialah nombor pelajar, nama sukan dan permainan, jawatan sukan, nama kelab dan persatuan, jawatan kelab, nama unit beruniform, dan jawatan unit beruniform.
3. Buat relationship iaitu klik di paparan database tools dan add ketiga-tiga jadual ke dalam untuk membuat link antara jadual tersebut. Link bermula dengan maklumat pelajar, kurikulum, dan kokurikulum iaitu link antara nombor pelajar setiap table dengan membuat satu pusingan link jadual tersebut.
5. Klik di more form dan klik lagi di paparan atas monitor di form wizard;
a. pindahkan maklumat pelajar dari petak kanan monitor ke kiri dengan menekan mouse kiri di button 2 error,diikuti maklumat kurikulum di pindahkan ke kiri jadual monitor.
b.Kemudian klik di bahagian paling bawah jadual misalnya subjek geografi dan pindahkan semula nombor matix ke kanan monitor dengan menekan button 1 error.
c. Seterusnya,masukkan butiran kokurikulum dalam jadual kanan monitor dan dipindahkan terus ke kiri.
d. pastikan tanda hitam di bahagian paling bawah dalam jadual sebelah kiri, kemudian pindahkan lagi nombor pelajar ke kanan dengan menekan button 1 error.
e. Tekan button next untuk meneruskan membuat layout serta style form yang dikehendaki oleh anda dan pilih buka borang untuk dilihat dan diisikan dan seterusnya klik finish.

Ketelitian dalam memasukkan data dan membuat link sangat penting supaya borang dapat berfungsi dengan betul bila membuat dan memasukkan data pelajar ke dalamnya.

October 1, 2009

Microsoft power point biasa dan microsoft power point master

Microsoft untuk persembahan di bahagikan kepada dua, iaitu yang kebiasaannya digunakan oleh pembentang dalam sesuatu pembentangan seperti ceramah, seminar, kertas kerja, dan sebagainya. Kebiasaannya lebih ramai pembentang atau pengguna menggunakan microsoft power point biasa berbanding microsoft power point master. Hal ini kerana, ia sangat sesuai untuk mempelbagaikan persembahan di setiap slidenya atau paparannya. Kesenangan setiap paparan untuk di edit telah menyebabkan pengguna lebih mengemari microsoft power point biasa kerana senang digubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Ia juga mempunyai ruangan yang luas untuk memasukkan sesuatu maklumat atau data di dalamnya semasa membuat pembentangan.
Microsoft ini secara ringkasnya mudah di selaraskan mengikut kehendak seseorang itu dalam menjadikan persembahan menjadi lebih menarik perhatian pihak pemerhati/penonton(audiens).

Seterusnya,microsoft power point master pula adalah sejenis microsoft yang sangat mudah,ringkas, bentuk paparan yang sama dan kandungannya lebih banyak kepada isi kandungan pembentangan. Ini menjelaskan,kebanyakkan pembentangan untuk menyampaikan maklumat penting misalnya,nota kuliah atau kelas dan paparan jadual serta kertas kerja maka microsoft power point biasa sangatlah sesuai. ini kerana ia memiliki ruang yang luas dan bentuk paparan yang mudah untuk penerangan setiap pembentangan kerana format slide yang sama. Ia juga lebih sesuai digunakan oleh pembentang yang selalu membuat persiapan akhir untuk memasukkan segala maklumat dengan cepat tanpa memasukkan pelbagai bentuk slide tersebut banyak kali. Ringkasnya,segala reka bentuk paparan dari mula hingga akhir paparan tetap sama iaitu hanya berlaku pertukaran isi kandungan slide sahaja.

Oleh itu,bagi penggunaan slide yang kepelbagaian bentuk paparan serta mudah diubah mengikut citarasa seseorang,maka microsoft power point biasa adalah yang lebih menarik dan sesuai digunakan berbanding microsoft power point master. Kebijaksanaan memilih microsoft ini akan lebih meyakinkan seseorang pembentang nanti.