Fun pic

Hello Sahabat

September 9, 2009

Pembuatan template

Bagi menyampaikan maklumat dengan menggunakan media cetak,maka kebiasaannya template dijadikan medium untuk memberi penerangan dan informasi terkini sesuatu data/maklumat. Misalnya maklumat program aktiviti sukan, berita ringkas, iklaneka dan promosi sesuatu kepada orang ramai. Oleh itu terdapat cara dan teknik penghasilan template yang cantik dan menarik minat pembacanya. Dengan ini,saya sertakan beberapa kaedah yang digunakan oleh saya dalam menghasilkan sebuah template untuk mempromosikan sukan yang berprestij antarabangsa. Antara kaedahnya ialah :

1. Kumpulkan segala maklumat atau bahan yang berkaitan dengan tema template itu.
2. Semak segala bahan yang dikumpulkan untuk dibuat rujukan yang ringkas.
3. Masuk dalam Microsoft Publisher untuk membuat capaian menu dan page yang menarik.
4. Buat pilihan untuk publication type mengikut bentuk mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai bagi promosikan sukan pilihan saya tersebut.
5. Membuat pilihan saiz kertas atau kad yang sesuai( saiz A4) untuk paparan maklumat di dalam template itu.
6. Saiz kertas A4 dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu satu muka surat ada tiga bahagian (dua muka surat ,enam bahagian kolum di dalamnya).
7. Template saya dimulakan dari muka surat 2 bagi kolum 1.saya masukkan atau selitkan serba sedikit tentang sejarah sukan yang telah dipilih itu.
8. Dalam kolum 2,saya telah masukkan pakaian,peralatan dan jenis serta gaya dan bentuk sukan tersebut dengan ringkasan yang mudah dan tepat.
9. Bagi kolum 3,dimasukkan pula acara yang dipertandingkan mengikut susunan peringkat- peringkatnya.
10. Dalam muka surat 1,bagi kolum 1,saya telah menyenaraikan jenis sukan tersebut secara rawak bagi kategori lain.
11. Di kolum 2(bahagian tengah kolum muka surat 1), saya letakkan penutup yang digariskan
nama pembuat template tersebut,iaitu alamat email dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
12. Akhir sekali kolum 3,adalah merupakan paparan penarikan awal pembaca iaitu muka depan template tersebut.
14. Apa yang menariknya template saya ialah setiap ruangan kolum,saya selitkan gambar- gambar sukan dengan merujuk jenis sukan itu.
15. Akhir sekali,saya menyemak kandungannya dan memastikan segala informasi sesuai dengan temanya.

Semua kaedah di atas adalah secara ringkas teknik saya membuat template untuk mempromosikan sukan kepada orang ramai. Di harap teknik ini dapat membantu para pembaca memahami dan membuat template yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment