Fun pic

Hello Sahabat

October 3, 2009

Membuat microsoft access

Microsoft access terbahagi kepada empat katogeri iaitu table, form, report, dan query wizard. Microsoft access adalah merupakan satu sistem pangkalan data iaitu merupakan sistem maklumat yang telah dianalisis mengikut kategori access yang dipilih.
Microsoft access bagi table adalah digunakan untuk membuat borang untuk memudahkan penyediaan pangkalan data. Contohnya,borang maklumat peribadi pelajar, maklumat kurikulum dan maklumat kokurikulum iaitu asas dalam pangkalan data para pelajar yang kerap digunakan di sekolah. Terdapat beberapa prosedur yang perlu diketahui dengan betul sebelum membuat table iaitu merancang dan create table.
1. Masuk ke dalam ruangan microsoft access double klik kiri di paparan tersebut dan klik di blank pages serta insert name file dan klik create. Kemudian pilih table di ruang atas sebelah kanan monitor untuk masuk ruang table.
2. Create table ;
( a) Table 1 dengan menukarkan tittle kepada Maklumat peribadi pelajar misalnya nombor matrix, nama pelajar, jantina, tempat lahir, tarikh lahir, nama bapa, pekerjaan bapa, pendapatan bapa, nama ibu, pekerjaan ibu, dan pendapatan ibu.
(b) Table 2 pula ialah kurikulum, antara kandungan ialah nombor pelajar dan jenis subjek yang diambil misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan sebagainya.
(c) Table 3 adalah butiran kokurikulum,kandungannya ialah nombor pelajar, nama sukan dan permainan, jawatan sukan, nama kelab dan persatuan, jawatan kelab, nama unit beruniform, dan jawatan unit beruniform.
3. Buat relationship iaitu klik di paparan database tools dan add ketiga-tiga jadual ke dalam untuk membuat link antara jadual tersebut. Link bermula dengan maklumat pelajar, kurikulum, dan kokurikulum iaitu link antara nombor pelajar setiap table dengan membuat satu pusingan link jadual tersebut.
5. Klik di more form dan klik lagi di paparan atas monitor di form wizard;
a. pindahkan maklumat pelajar dari petak kanan monitor ke kiri dengan menekan mouse kiri di button 2 error,diikuti maklumat kurikulum di pindahkan ke kiri jadual monitor.
b.Kemudian klik di bahagian paling bawah jadual misalnya subjek geografi dan pindahkan semula nombor matix ke kanan monitor dengan menekan button 1 error.
c. Seterusnya,masukkan butiran kokurikulum dalam jadual kanan monitor dan dipindahkan terus ke kiri.
d. pastikan tanda hitam di bahagian paling bawah dalam jadual sebelah kiri, kemudian pindahkan lagi nombor pelajar ke kanan dengan menekan button 1 error.
e. Tekan button next untuk meneruskan membuat layout serta style form yang dikehendaki oleh anda dan pilih buka borang untuk dilihat dan diisikan dan seterusnya klik finish.

Ketelitian dalam memasukkan data dan membuat link sangat penting supaya borang dapat berfungsi dengan betul bila membuat dan memasukkan data pelajar ke dalamnya.

2 comments:

  1. hai...sy try nk buat kokurikulum database. guna no ic sbg id. tp bila sy letak sbg integer, pn xblh add data, letak long integer pn xblh. jd cm mn tu? @ blh bg email n tlg tgk database saya blh x?pliiiiizzzzzz

    ReplyDelete
  2. hai,,opst,,what problem,,ok i will help you yeah,,my email ; udientdien@ymail.com

    ReplyDelete