Fun pic

Hello Sahabat

November 3, 2009

Pengenalan Microsoft office (excel)

Microsoft ini adalah suatu aturcara hamparan (spreadsheef) iaitu setara dengan helaian ledger kertas yang biasanya digunakan dalam bidang kewangan dan perakaunan. Ianya terdiri daripada grid-grid yang membentuk lajur dan baris. Aturcara hamparan bukannya sahaja memudahkan pengelolahan angka (untuk analisis berstatistik, simpanan data, dll). Ia juga biasanya digunakan untuk menghasilkan carta dan rajah-rajah tertentu. Microsoft excel juga merupakan program hamparan dalam sut pejabat microsoft office. Sebaik sahaja program Excel diaktifkan, secara lalainya(default) 3 worksheet akan dibuka. Di atas worksheet anda boleh memasukkan data dan melakukan pengiraan yang diingini. Bilangan worksheet juga boleh ditambah kemudiannya jika diperlukan. Setiap worksheet terdiri daripada grid-grid yang dikenali sebagai sel yang dirujuk mengikut huruf lajur (A,B,C...Z,AA,AB,..BA,BB...IV) dan nombor baris.

penggunaan aturcara hamparan dengan menggunakan data dan formula memudahkan pengiraan biasa yang rumit dan meringankan kerja harian. Program Excel juga digunakan untuk pengiraan saintifik yang lebih canggih yang mana selalunya melibatkan matriks data yang lebih besar. Walau bagaimanapun, penggunaan aturcara hamparan dalam pengiraan saintifik adalah terhad.