Lulus tidak bermakna akan terus LULUS, Gagal bukan bererti GAGAL selamanya; Tapi apa yang harus kita cetus, Maka USAHA tangga panduan KEJAYAAN kita.
December 28, 2010
Keunikan Bumiputera Negeri Bumi Kenyalang
Salam Pembaca,
Mungkin ada di antara anda masih belum mengenali Negeri Bumi Kenyalang (Sarawak) sepenuhnya dan kini tiba masanya untuk anda mengetahui serba sedikit tentangnya. Apa yang lagi menyedihkan kami, masih ramai orang di luar negeri ini berfikir sempit atau lapok. Di mana, ada sebahagian masih mengatakan orang di negeri ini masih ketnggalan dan mundur tetapi sebaliknya berlaku. Anda pembaca di harap selepas ini, telah mengetahui serba sedikit identiti negeri ini sebenarnya yang mempunyai keluasan negerinya iaitu adalah hampir menyamai keluasan tanah semenanjung Malaysia dan hanya dikecualikan keluasan negeri Melaka sahaja telah menyamai keluasan negeri ini.
Negeri ini kian giat membangun dengan pesat walaupun sumber pengurusannya agak terhad dan menelan kos yang besar. Apa yang menariknya tentang negeri ini ialah rakyatnya lebih suka hidup berdikari jika dibandingkan dengan rakyat di negeri lain amnya. Di mana, rakyat negeri ini lebih rela berusaha sendiri tanpa terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan tempatan khusunya dalam sumber mencari rezeki disamping untuk mewujudkan organisasi keluarga yang baik. Hanya yang kita dengar dalam negeri ini,hanya pihak kerajaan yang terpaksa menyibukkan diri dalam membantu rakyat. Hal ini kerana pucuk pimpinan negara terletak di tangan rakyat pengundi.Namun rakyat di negeri ini amat bersyukur di atas keprihatinan kerajaan negerinya yang memahami kehendak rakyatnya.
Sebenarnya apa yang saya ingin kongsikan bersama dalam kisah ini adalah tentang keunikan budaya kaum dayak di negeri ini. Kaum dayak dalam negeri ini sangat luas dimana ia terdiri dari beberapa etnik lain di dalamnya. Antara contoh kaum dayak dan orang ulu ialah iban,bidayuh,kayan,kenyah,penan,punan,kelabit,murut,beketan,dan sebagainya.Bagi pengetahuan anda orang kaum dayak berjiwa kental dan berani. Dalam sisipan kali ini,saya telah mengepilkan beberapa gambar untuk dikongsikan bersama anda. Antara keunikan kaum dayak di negeri ini merangkumi pakaian tradisional, makanan, tarian, perayaan, pantang larang, lokasi dan tempat tinggal serta budaya dalam kaum dayak.
Selain itu, apa yang mampu dikongsikan di dalam gambar tersebut hanya sebahagian kecil daripada contoh keunikan kaum dayak di negeri ini. Ingin juga dimaklumkan kepada pembaca bahawa kaum ini adalah kaum majoriti di negeri Bumi Negeri Kenyalang yang tinggal di seluruh kasan negeri ini.
Oleh itu,bagi yang ingin mengetahui budaya kepelbagaian etnik di negeri ini, maka saya cadangkan anda di luar sana datanglah melawat sendiri negeri ini. Malah ramai yang pelancong atau pelawat terkejut bila kali pertama ke negeri ini melihat sendiri pembangunan yang kian rancak dan bandaraya yang berdiri megah. Negeri Bumi Kenyalang ini adalah negeri yang rakyatnya berfikiran terbuka dan pemasra.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment