Fun pic

Hello Sahabat

April 3, 2011

Bahan Bantu Mengajar (BBM) Sukan

BBM Bukan Elektronik

Bahan bantu mengajar bukan elektronik sangat penting digunakan di dalam bilik darjah khususnya bagi sekolah yang masih kekurangan prasarana. Dengan adanya daya kreativiti seseorang guru tersebut, maka mereka mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang menarik dan kondusif. Oleh itu, pengajaran tidak dapat dipisahkan dengan BBM terutamanya apabila berlangsungnya sesi P & P di dalam bilik darjah. Berikut adalah langkah-langkah penghasilan bahan bantu mengajar yang telah saya cipta :
1. Saya membuat lakaran BBM tentang jenis sukan yang saya hendak perkenalkan dan kongsikan bersama dengan orang lain.
2. Selepas memilih beberapa jenis sukan, saya telah mengambil contoh sukan kapal layar sebagai model bahan bantu mengajar (BBM) bukan elektronik. Hal ini kerana sukan kapal layar salah satu sukan yang semakin digemari oleh orang ramai.
3. Antara bahan yang diperlukan dalam proses penghasilan BBM kapal layar saya ialah kertas, kertas stiker berwarna, pembaris, pen, pensil, pemadam, gunting, pisau, batang pen, stapler, solotape, dan ‘polisterine cardboard’.
4. Setelah mengumpulkan semua bahan yang digunakan itu, saya terus memulakan projek atau penghasilan BBM tersebut. Saya mula membuat lakaran pada kertas sebelum melukis dan melakarkan sampel pada ‘polisterine cardboard’.
5. Kemudian lakaran tersebut terus dibuat secara kasar pada ’polisterine cardboard’ bagi melihat secara kasar bentuk dan hasil yang dikehendaki.
6. Setelah selesai melakukan lakaran pada ‘polisterine cardboard’ saya terus melakukan potongan bentuk ‘polisterine cardboard’ mengikut bentuk kapal layar yang dikehendaki. Potongan dilakukan dengan menggunakan pisau secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kesalahan pada bentuk potongan kapal layar yang dikehendaki.
7. Selesai melakukan potongan bentuk kapal layar, seterusnya saya membuat layar kapal beserta dengan tiang kapal layar.
8. Layar kapal dibuat dengan menggunakan kertas dan kertas stiker bewarna. Kertas stiker warna itu juga digunakan untuk membuat bahagian lantai kapal layar tersebut.
9. Kemudian, saya membuat layar dan mendirikan tiang kapal layar di tengah-tengah bahagian kapal layar tersebut.
10. Seterusnya saya melilit kapal layar dengan menggunakan solotape warna selepas setiap tepi kapal layar dilekatkan menggunakan staples bagi mengelakkan 2 bahagian ‘polisterine cardboard’ dapat dicantumkan bersama dengan kukuh.
11. Akhir sekali, saya sekatakan bahagian solotape yang mengeliling kapal bagi memastikan ia melekat dan dalam keadaan kemas.
Di samping itu, sepanjang proses saya menghasilkan BBM ini, saya turut berkesempatan mengambil gambar sebagai bahan rujukan penghasilan BBM tersebut.

Lampiran gambar BBM


No comments:

Post a Comment