Fun pic

Hello Sahabat

March 31, 2010

Aliran dan gaya seni lukis (Seni Halus)


ALIRAN DAN GAYA SENI

Dalam karya seni ini,terdapat beberapa elemen unsur gaya yang telah digunakan. Aliran dan gaya dalam karya ini telah digabungkan menjadi satu untuk menghasilkan satu karya yang siap sepenuhnya. Terdapat lebih kurang lima aliran dan gaya seni yang telah digunakan dalam penghasilan karya lukisan ini iaitu aliran dan gaya impressionisme, aliran dan gaya realisme, aliran dan gaya naturalisme, aliran dan gaya surealisme dan aliran dan gaya seni pop.

Aliran bagi gaya seni impressionisme merujuk kepada suasana kampung dan kota raya (bandar raya) . kemunculan lukisan kampung dan bandar ini lebih menunjukkan suasana yang pelbagai yang berlatar belakangkan suasana awal pagi dengan keadaan awam yang crah dan biru. Aliran ini juga condong kepada arah semulajadi dan mengutamakan suasana yang dilihat. Ia juga menumpukan kaeadah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat misalnya dalam lukisan ini ton bagi warna baji, warna bunga Rafflesia, tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain. Aliran dan gaya impressionisme turut menekankan keserasian warna dan warna pada lukisan kelihatan bertindih antara satu sama lain seperti dalam lukisan ini. Aliran dan gaya ini telah diperkenalkan oleh Vincent Van Gogh pada abad ke 19 yang telah menghasilkan Real famous self portrait,Paris,1887 iaitu dari Chichago Arts Institute dan beberapa lukisan yang lain.

Bagi aliran dan gaya realisme pula, karya dalam lukisan ini digambarkan seperti rupa dan bentuk sebenar objek dan bahan rujukan tersebut. Misalnya lukisan bagi obor api, bunga Rafflesia, gambar-gambar manusia benruk-bentuk kapal terbang, bangunan-bangunan dan lain-lain. Hal ini menjelaskan bahawa hasil lukisan ini menrima konsep peniruan yang mana lebih mementing bentuk dan rupa sebenar sesuatu lukisan tersebut. Ia juga jelas mnggambarkan dan mudah difahami oleh orang lain apabila melihat lukisan ini tanpa mencari makana yang tersirat dari lukisan tersebut. Bagi lukisan realism amat mudah dibaca konsep penghasilan karya lukisan serta selalu mendapat kritikan orang ramai apabila berlaku kekurangan pada lukisan tersebut.

Selain itu,hasil karya lukisan ini turut memiliki aliran dan gaya naturalisme, dimana lukisan yang dihasilkan mementing nilai semulajadi dan keaslian sesuatu benda tersebut. Sebagai contoh gambar-gambar manusia yang mana muka dan bentuk erta paras rupa tetap dikekalkan walau bagaimana sekali pun posisi manusia itu diletakkan dan dilukiskan.

Hal ini menjelaskan gambar manusia,dan bunga Rafflesia menjadi tumpuan untuk menimbulkan bentuk dan rupa yang sebenar dan asli khususnya penumpuan kepada kadar bandingan dan anatomi manusia tersebut.

Seterusnya, karya lukisan bagi sni ini juga turut unsure seni bagi aliran dan gaya surealisme. Aliran dan gaya seni ini ia lebih merujuk kepada sesuatu yang di luar jangkaan orang lain dan menjadi isu dan tanda Tanya kepada orang yang menilai dan melihat hasil karya terebut. Hal ini menjelaskan aliran dan gaya ini merujuk kepada imej di bawah sedar dan alam khayalan, tidak logik, menyeramkan, dan objek diletakkan di tempat atau muncul di tempat yang tidak sesuai. Misalnya dalam hasil karya seni ini,apa yang menyebabkan gaya suraelisme wujud dalam karya adalah disebabkan oleh munculnya tangan dari bunga Rafflesia yang memegang obor. Keadaan ini agak pelik tetapi ada mesej yang ingin disampaikan oleh pelukis secara tersendiri. Aliran dan gaya seni ini telah mula diperkenalkan oleh Salvador Dali pada pertengahan abad ke 20,iaitu pelukis berasal dari Sepanyol.

Akhir sekali karya hasil lukisan ini turut meggunakan unsur aliran dan gaya seni pop. Bagi aliran dan gaya ini digunakan dalam karya senilukis ini bagi mempelbagaikan corak dan latar belakang lukisan untuk menampakkannya lebih menarik. Ia juga digunakan bagi merarik tumpuan orang ramai untuk tampil menilai dan melihat mesej yang cuba disampaikan oleh lukisan ini secara spontan dan terus. Sebenrnya aliran dan gaya ini adalah berasaskan persekitaran dan kebudayaan yang mempengaruhi tema, teknik, imej dan metos yang ebrsifat semasa dan popularity. Aliran dan gaya dalam lukisan ini lebih mirip kepada pengiklanan kepada orang ramai dengan warna-waarna yang terang dan menarik serta mampu memenuhi ruang keseluruh ruang lukisan semaksimum yang boleh. Aliran dan gaya lukisan ini telah diperkenalkan oleh Richard Hamilton, iaitu pelukis berasal dari England.

No comments:

Post a Comment