Fun pic

Hello Sahabat

September 13, 2009

Perbandingan yahoo mail dengan yahoo group

Yahoo mail adalah sejenis laman yang lebih kepada personal atau individu. Ia juga lebih efektif dalam menyampaikan maklumat secara tertutup kepada seseorang. Penggunaan email turut memudahkan ruangan menyampaikan maklumat sulit atau maklumat rahsia kepada individu lain. Email adalah salah satu media elektronoik yang mempunyai capaian rawak yang mudah dalam rangkaian dan cepat bagi menyampaikan data personal seperti fail kerja, tugasan individu, pesanan barang, ruangan bacaan individu, dan pesanan ringkas.Ia juga sebagai laman media-media menghantar maklumat dan mesej laman web tertentu kepada pelayan atau pelanggan web tersebut. Dengan ini maka maklumat dapat diperolehi dan dibaca secara terperinci di email personal. Penggunaan email lebih sesuai untuk mesej dan maklumat yang tertutup kepada pemilik surat-e berbanding yahoo group.

Manakala yahoo group adalah ruangan untuk berkumpulan. Yahoo ini lebih sesuai untuk menyampaikan mesej dan maklumat secara lebih luas dengan bilangan penerima maklumat yang ramai. Ia juga mudah dalam melakukan perbincangan, perkongsian data, membuat informasi, dan mesej kepada semua ahli dalam kumpulan. Dengan ini ai telah memudahkan perbincangan kumpulan dari jarak jauh dengan mudah dan cepat. Disamping itu juga, yahoo group turut menyediakan ruangan untuk database kumpulan setrusnya memudahkan mengenalpasti keaktifan ahli kumpulannya. Ia adalah lebih kepada bentuk sosial dan komunikasinya dan terbuka untuk semua ahli kumpulan seseorang itu. Maka ia menjelaskan bahawa komunikasi kumpulan tidak semestinya duduk semeja tetapi mampu dijalankan di mana-mana selagi ada capaian rangkaian internet. Justeru itu,bagi melakukan capaian secara kumpulan atau bilangan ahli yang ramai maka yahoo group adalah yang sangat sesuai dan mudah dalam penglibatan komuniti.




September 9, 2009

Pembuatan template

Bagi menyampaikan maklumat dengan menggunakan media cetak,maka kebiasaannya template dijadikan medium untuk memberi penerangan dan informasi terkini sesuatu data/maklumat. Misalnya maklumat program aktiviti sukan, berita ringkas, iklaneka dan promosi sesuatu kepada orang ramai. Oleh itu terdapat cara dan teknik penghasilan template yang cantik dan menarik minat pembacanya. Dengan ini,saya sertakan beberapa kaedah yang digunakan oleh saya dalam menghasilkan sebuah template untuk mempromosikan sukan yang berprestij antarabangsa. Antara kaedahnya ialah :

1. Kumpulkan segala maklumat atau bahan yang berkaitan dengan tema template itu.
2. Semak segala bahan yang dikumpulkan untuk dibuat rujukan yang ringkas.
3. Masuk dalam Microsoft Publisher untuk membuat capaian menu dan page yang menarik.
4. Buat pilihan untuk publication type mengikut bentuk mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai bagi promosikan sukan pilihan saya tersebut.
5. Membuat pilihan saiz kertas atau kad yang sesuai( saiz A4) untuk paparan maklumat di dalam template itu.
6. Saiz kertas A4 dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu satu muka surat ada tiga bahagian (dua muka surat ,enam bahagian kolum di dalamnya).
7. Template saya dimulakan dari muka surat 2 bagi kolum 1.saya masukkan atau selitkan serba sedikit tentang sejarah sukan yang telah dipilih itu.
8. Dalam kolum 2,saya telah masukkan pakaian,peralatan dan jenis serta gaya dan bentuk sukan tersebut dengan ringkasan yang mudah dan tepat.
9. Bagi kolum 3,dimasukkan pula acara yang dipertandingkan mengikut susunan peringkat- peringkatnya.
10. Dalam muka surat 1,bagi kolum 1,saya telah menyenaraikan jenis sukan tersebut secara rawak bagi kategori lain.
11. Di kolum 2(bahagian tengah kolum muka surat 1), saya letakkan penutup yang digariskan
nama pembuat template tersebut,iaitu alamat email dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
12. Akhir sekali kolum 3,adalah merupakan paparan penarikan awal pembaca iaitu muka depan template tersebut.
14. Apa yang menariknya template saya ialah setiap ruangan kolum,saya selitkan gambar- gambar sukan dengan merujuk jenis sukan itu.
15. Akhir sekali,saya menyemak kandungannya dan memastikan segala informasi sesuai dengan temanya.

Semua kaedah di atas adalah secara ringkas teknik saya membuat template untuk mempromosikan sukan kepada orang ramai. Di harap teknik ini dapat membantu para pembaca memahami dan membuat template yang lebih baik.

September 5, 2009

Perbezaan facebook dengan blog

Facebook ialah situs web jejaring sosial yang telah diperkenalkan pada 4 Febuari 2004 oleh Mark Zuckerberg. Face telah memudahkan urusan menyampaikan pesanan atau makluman, berkongsi idea/ pendapat, perbincangan dari seluruh dunia dengan situs jejaring sosial ini terutamanya kepada mereka yang memiliki alamat surat-e (alamat email). Para pengguna juga dapat memilih untuk bergabung dengan satu/ lebih jaringan yang tersedia seperti di sekolah, universiti, tempat kerja, dan wilayah geografis. Menerusi facebook turut disediakan ruang khas untuk chating yang bergambar dan tidak terlalu terhad penggunaannya kepada umum.Sekarang ini,lebih ramai orang awm yang menggunakan facebook kerana fungsinya yang cekap dan lebih mudah berbanding blog.

Blog pula adalah fungsi yang sangat beragam dari sebuah catatan harian, media publikasi dalam sesebuah bidang politik,program-program media, dan perusahaan. Ia juga memiliki weblog yang memiliki fasilitas interaksi dengan para pengunjung,seperti buku tamu dan kolom komentar yang dapat menarik para pengunjungnya untuk meninggalkan komentar atas isi dari tulisan yang dipublikasikan. Blog adalah ruangan yang sangat sesuai untuk membuat nota, komen, cadangan dan sebagainya untuk diperkongsikan kepada pelanggan-pelanggan blog lain. Dalam blog juga ada disediakan ruangan yang lebih luas dan umum serta mudah dalam menyampaikan maklumat secara lebih terperinci serta jelas.