• Taksiran :- menerangkan tentang pemerhatian terhadap tingkah laku manusia merentasi masa (boleh meramal tingkahlaku)
• 3 kategori Teori Pembelajaran :- Kognitif, Behavioris* & Konstruktivis*
Teori Pembelajaran Behavioris
• berasaskan perubahan tingkahlaku yang diperhatikan
• beri fokus kepada rangsangan dan gerak balas sehingga mengenepikan proses dalaman seperti menganalisis, menilai, menaakul,dll
Pelopor Pelaziman Klasik
Edward Thorndike
• Kotak Ajaib Thorndike – berfunsi berasaskan prinsip pelaziman instrumental.
• Misalnya, haiwan diberi ganjaran akibat suatu gerak balas akan mengulangi gerak balas tersebut ( sudah berlakunya pembelajaran ) - kajian ke atas seekor kucing yang lapar ke dalam kotak
• Wujud Theory Connectionisme (Teori perkaitan) Thorndike – 3 hukum :
1. Hukum kesediaan – pembelajaran lebih berkesan sekiranya kita sudah bersedia dari segi fizikal dan mental
2. Hukum Latihan – kebiasaannya, ulangan adalah asas kepada gerak balas yang diingini seterusnya mengukuhkan ingatan kita. Pembelajaran semakin meningkat setiap kali latihan diadakan
3. Hukum kesan – pembelajaran lebih berkesan apabila kita berasa seronok atau diberi ganjaran akibat proses tersebut.
• Kesimpulan : - Pembelajaran berlaku melalui kaedah cuba jaya atau pemberian ganjaran. Pembelajaran berjaya apabila membentuk perkaitan antara rangsangan dan gerak balas dengan diperkukuhkan melalui hukum kesan
Pelopor Pelaziman Operan
B. F. Skinner
• Kotak Skinner – Kajian ke atas tikus ; membesarkan anaknya menggunakan kotak skinner
• hasil kajian ke atas tikus yang menekan penekan untuk mendapatkan makanan telah mewujudkan satu konsep penting-konsep pelaziman operan
• pelaziman operan – satu proses yang beroperasi ke atas persekitaran , di mana dikelilingi oleh suatu rangsangan khas iaitu “pengukuh” ( berupaya meningkatkan operan atau tingkahlaku yang berlaku )
• prinsip pelaziman operan :
1. Tingkahlaku yang diikuti oleh pengukuh – tingkatkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang sama pada masa depan
2. Tingkahlaku yang tidak lagi diikuti oleh pengukuh – mengurangkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang sama pada masa depan.
• 3 konsep berkaitan ;- pengukuhan (positif / negatif), pengukuhan berjadual (tetap / variabel), & pembentukan (pembentukan tingkahlaku diberi pengukuhan sehingga menyerupai tingkahlaku yang diingini.