Fun pic

Hello Sahabat

September 13, 2012

Lawak Jenaka 


1.  Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut,lalu dia berkata, "Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, lembik...macam taik."Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taiktu, lepas tu dia berkata, "Bau macam taik."Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit... "MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

2.  Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu: "SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

April 15, 2012

Cuba baca dan teka dulu....

Soalan 50:
Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin

Soalan 49:
Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.

Soalan 48:
Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah....

Soalan 47:
Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur

Soalan 46:
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut

Soalan 45:
Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)

Soalan 44:
Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

Soalan 43:
Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!

Soalan 43:
Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.

Soalan 42:
Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? Jawapan: Spedometer bas lah...

Soalan 41:
Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

Soalan 40:
Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

Soalan 39:
Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!

Soalan 38:
Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.

Soalan 37:
Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

Soalan 36:
Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

Soalan 35:
Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

Soalan 34:
Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Jawapan: Orang naik beca semasa hujan

Soalan 33:
Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kitalah.

Soalan 32:
Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.

Soalan 31:
Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!

Soalan 30:
Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?
Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.

Soalan 29:
Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

Soalan 28:
Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"

Soalan 27:
Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.

Soalan 26:
Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

Soalan 25:
Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.

Soalan 24:
Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....

Soalan 23:
Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa? Jawapan: Buang tebiat

Soalan 22:
Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapan: Batang hidung engkaulah!

Soalan 21:
Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!

Soalan 20:
Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan

Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...

Soalan 18:
Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?

Soalan 17:
Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

Soalan 16:
Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng

Soalan 15:
Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
Jawapan: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang!

Soalan 14:
Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Soalan 13:
Apakah haiwan yang berkaki 3?
Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.

Soalan 12:
Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

Soalan 11:
Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.

Soalan 10:
Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.

Soalan 09:
Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!

Soalan 08:
Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!

Soalan 07:
Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu? Jawapan: Anak mancis daaa.

Soalan 06:
Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar? Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal... ha...ha...ha..

Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon? Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM

Soalan 04:
10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)

Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.

soalan 01:
.................................

January 2, 2012

10 Tips to Help You Find (& Keep) Love

By Lissa Rankin, MD via Care2 Healthy Living

1. You probably won't get everything you need from one person. And that's okay.
2. Love someone for who they are, not who they could become.
3. Put your true self out there.
4. Withhold judgment and give the person you love permission to be authentic.
5. Shared interests are overrated.
7. Compromise, but don't settle.
8. Pay attention to warning signs.
9. Sex matters.
10. Prioritize the ability to communicate.

December 31, 2011

Teori Pembelajaran

• Taksiran :- menerangkan tentang pemerhatian terhadap tingkah laku manusia merentasi masa (boleh meramal tingkahlaku)
• 3 kategori Teori Pembelajaran :- Kognitif, Behavioris* & Konstruktivis*

Teori Pembelajaran Behavioris
• berasaskan perubahan tingkahlaku yang diperhatikan
• beri fokus kepada rangsangan dan gerak balas sehingga mengenepikan proses dalaman seperti menganalisis, menilai, menaakul,dll

Pelopor Pelaziman Klasik
Edward Thorndike
• Kotak Ajaib Thorndike – berfunsi berasaskan prinsip pelaziman instrumental.
• Misalnya, haiwan diberi ganjaran akibat suatu gerak balas akan mengulangi gerak balas tersebut ( sudah berlakunya pembelajaran ) - kajian ke atas seekor kucing yang lapar ke dalam kotak
• Wujud Theory Connectionisme (Teori perkaitan) Thorndike – 3 hukum :
1. Hukum kesediaan – pembelajaran lebih berkesan sekiranya kita sudah bersedia dari segi fizikal dan mental
2. Hukum Latihan – kebiasaannya, ulangan adalah asas kepada gerak balas yang diingini seterusnya mengukuhkan ingatan kita. Pembelajaran semakin meningkat setiap kali latihan diadakan
3. Hukum kesan – pembelajaran lebih berkesan apabila kita berasa seronok atau diberi ganjaran akibat proses tersebut.
• Kesimpulan : - Pembelajaran berlaku melalui kaedah cuba jaya atau pemberian ganjaran. Pembelajaran berjaya apabila membentuk perkaitan antara rangsangan dan gerak balas dengan diperkukuhkan melalui hukum kesan

Pelopor Pelaziman Operan
B. F. Skinner
• Kotak Skinner – Kajian ke atas tikus ; membesarkan anaknya menggunakan kotak skinner
• hasil kajian ke atas tikus yang menekan penekan untuk mendapatkan makanan telah mewujudkan satu konsep penting-konsep pelaziman operan
• pelaziman operan – satu proses yang beroperasi ke atas persekitaran , di mana dikelilingi oleh suatu rangsangan khas iaitu “pengukuh” ( berupaya meningkatkan operan atau tingkahlaku yang berlaku )
• prinsip pelaziman operan :
1. Tingkahlaku yang diikuti oleh pengukuh – tingkatkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang sama pada masa depan
2. Tingkahlaku yang tidak lagi diikuti oleh pengukuh – mengurangkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang sama pada masa depan.
• 3 konsep berkaitan ;- pengukuhan (positif / negatif), pengukuhan berjadual (tetap / variabel), & pembentukan (pembentukan tingkahlaku diberi pengukuhan sehingga menyerupai tingkahlaku yang diingini.

April 7, 2011

Video Sukan Kumpulan



Pengenalan Sepak Takraw

Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.

Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.

Sepaktakraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan mengenai dengan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAKTAKRAW, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan.

Dan kini permainan sepaktakraw telahpun mengalami evolusi dimana permainan bergu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun diperkenalkan.

Posisi Pemain

* Tekong - merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.

* Apit kanan - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.

* Apit kiri - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.

Apit Kanan dan Apit Kiri masing-masing boleh bertindak sebagai pencampak bola untuk Tekong melakukan sepak mula atau servis, melakukan libasan (rejaman), mengumpan bola dan membuat hadangan. Ini bergantung kepada situasi permainan dan kemahiran masing-masing